Thursday, March 25, 2010

Kongsi : Mendoakan Ibu Bapa

Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua-dua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadis:
i. Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua-dua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
ii. Allah SWT akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua-dua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar hati mereka berubah).
iii. Ingatlah bahawa keredaan ibu bapa adalah keredaan Allah.
iv. Semasa berdoa, hayatilah doa itu dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadahlah tangan dan bayangkanlah wajah kedua-dua mereka, termasuk guru-guru kita dan sesiapa sahaja yang banyak menolong dan berjasaa keapda kita terutama yang menunjukkan jalan keluar kepada segala masalah dan kesulitan yang kita hadapi.

Ingat: Mereka yang LUPA berdoa kepada kedua-dua orang tuanya, akan DISEMPITKAN rezeki oleh Allah SWT.

Pengajaran dan Kesimpulan:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris; cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Bagaimanapun ingatlah. Rezeki bukan semata-mata dalam bentuk wang ringgit, ia boleh sama ada dalam bentuk:
`Fikiran yang sentiasa tenang dan lapang hati’ untuk memudahkan kita bergerak, bekerja dan beribadat kebada Allah SWT.
`Kesihatan yang baik dan terhindar daripada segala penyakit’. Sebabnya bila sakit, kita terpaksa keluarkan duit yang banyak untuk berubat sama ada di klinik atau secara perubatan tradisional. Bila tak sakit, itu sudah satu rezeki yang patut kita syukuri. Alhamdulillah.
`Terhindar daripada musibah’ yang membawa kepada kerosakan seperti kemalangan, tayar pancit dsbnya yang jika berlaku kita perlu duit untuk membaikinya.
 `Kesenangan mendapat makanan’ sama ada dibeli atau disediakan dalam majlis jamuan atau makanan diberikan oleh orang lain termasuk kesediaan mereka belanja kita makan.
`Mendapat kasih sayang’ ahli keluarga, jiran, kawan dan masyarakat termasuk kasih sayang Allah SWT yang sentiasa melimpahkan rahmat, rezeki dan keberkatan kepada kita. Bila kita berhadapan dengan masalah, insya-Allah akan ada sahaja jalan keluarnya.
“Berusaha dan bertawakallah. Rezeki itu hak Allah dan Dialah yang berhak menentukan kepada siapa yang akan Dia beri. Semoga kita dan ahli keluarga kita mendapat pilihan-Nya. Insya-Allah.

Allahur–akbar. Allah yang maha besa

1 comment:

Anonymous said...

salam..sy ske artikel nie..sayu jer ble tingat parent kte y bsusah pyh tuk kte..last2 kte lak lupa nk doakn tuk diorg..huhu..