Wednesday, June 30, 2010

Dairi: Hadiah misteri dari seseorang, jeng jeng

                         

Tepat pukul 9.54, mengejut telefon aku menjerit-jerit dengan nada deringan "Clock" oleh Coldplay.Macam biasa aku jawab dengan suara macho, dalam hati, ni no station ni. Security guard yng bercakap..................

Lepas saje perbualan,emmm, persoalan terus timbul. Kisah perbualan tadi imbas balik.  Ada orang nak jumpa, orangnye pakai selipar?Jadi tak boleh masuk. Namanyer Fitri. Nak bagi barang. Ditanya syarikat mana? tak terjawab. jadi, malas nak melayan gundah gelana ni, aku pun terus ke pondok security.

Bila aku sampai, semua makin pelik, seorang manusia berumur sekitar 20 an membawa satu bungkusan hitam tertulis "Happy Birthday", berbaju oren tanpa ada pengenalan diri, dan yang penting berselipar. Sebab tu tak lepas masuk. Tersenyum-senyum kambing, aku bertanya dari mana ni. Aku bertubi tubi tanya. Lagi dan lagi. Tapi manusia ini terus memberikan aku sekeping kertas Pos Laju yang diprint dengan resolusi rendah.(tak professional betul kalau nak menipu, huhuhuhu). Dalam hati aku, apa ni?????????. 

Selepas habis aku sain, manusia tersebut tersenyum, memberi ucap selamat hari lahir dan terus beredar. Aku, pakguard 1,pak guard2 n pak guard 3, semua macam blerrrrrrrrr. Apa ni?????

Apabila aku bukak, ini lah hadianhnyer, Jam Casio. Tiada nama, tiada apa-apa......................


3 comments:

Muhammad Nazri said...

"Happy Birthday"

alhaqimi said...

sungguh misteri! wah..
seronok plak kat macam tue..

Khapeace Khalead said...

misteri sungguh