Monday, July 5, 2010

Dairi : Sungai Kancing Convoy



Salam, ehmmm, sejak akhir-akhir, rajin lak aku menulis dalam blog. Sebabnya pasal nak tunjuk gambar-gambar yang berjaya aku ambil. Kali ni nak kongsi perjalanan aku ke Sg Kanching, Rawang bersama satu convoy. Berada di kawasan hutan simpan, tempat ni memang best giler. Jom tengok. Gambar kat atas tu, salah satu level kat air terjun sg kanching. Rasanya level 5 kot. Air dia, emmmm, sejuk nak mampus, tapi puas hati.Aku berjaya naik sampai level paling tinggi, penat tul.



Perjalanan kali ni jenis motor yang ikut, kira campur-campur la, ada yang yang bawak motor hebat  gilos dan ader bawak motor kapcai je, yang penting semua dapat konvoi. Aku pembonceng jer. Saja nak try ambil gambar atas motor. Pengalaman baru ni. Seronok gak.



Memang seronok aku cakap berkonvoi ni. Tapi tak feel ari tu coz perjalanan cuma 48KM jer. Tak sempat nak feel, dah sampai,huhuhuhu. Apa-apa pun, ni percubaan pertama, klain kali kita gi jauh-jauh lak. Baru mencabar, beb.



Perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam ni diiring marshal, memang superb. Yang bestnyer, semua kereta kena behenti atau perlahankan bila kita orang nak lalu, mcm org besar lak. 



Acara tarik tali la paling senang nak dijadikan acara. Disebabkan hujan, padang jadi basah, semua jadi lecak. Tapi yang penting semua gembira. Aku? Aku gembira dapat ambil gambar. Seronok tul. 


Ni gambar paling aku suka, tak tahu kenapa, mungkin effect hujan, pastu gambar ni center dan nampak pergerakan peserta tarik tali secara tersusun. Walaupun nampak diorg dalam gambar ni bersungguh-sungguh, hakikatnya, dapat nombor terakhir. Hahahaha.Okla, sampai sini saja. Idios

3 comments:

alhaqimi said...

wohooo! bestnya...ramai gler geng bro! serunuk dapat kuar buat xtvt sama2!

Khapeace Khalead said...

ala, sekali sekala.

Khapeace Khalead said...

yup betul2