Monday, August 23, 2010

Dairi: Rumah Hamster kena tolak, hilang dah sekor ni :(



Salam ramadhan, harap semua sihat. Nampaknya hampir setengah bulan kita berpuasa, harap-harap semua dapat mengambil peluang ini untuk beribadah. Insyallah. Cuma nak kongsi ni, balik dari berbuka puasa tadi, pergi je dapur, Ya Allah, apa dah jadi, sapa yang buat ni. Sangkar Hamster jatuh. Sapa yang buat ni??? Takkan hamster tu punya kuat boleh tolak sampai jatuh. Yang paling tak bestnye, sekor dah hilang. Dah hilang. 

Harap, adalah balik semula hamster tu. Dah puas cari, tapi dapat2 gak. Sampai sekrang masih samar-samar, sapa yang tolak????? Kenapa????? Oklah, nak sambung carik, salam ramadhan.

No comments: