Kongsi: Kembara Foto-Perak, Pahang dan Selangor



 Cameron Valley

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Pengasih


Salam semua, diharap semua dalam keadaan sihat dan sejahtera adanya. Alhamdulillah, dengan kekuasaan-Nya dapatla saya menulis coretan serba ringkas dalam blog ni. Lama dah tak menulis, hanya gambar saja yang dipaparkan. Faktor takde masa puncanya. Cuma kali ni, nak berkongsi sedikit perjalanan kembara foto ke Perak, Pahang dan Selangor.




Menara Condong, Teluk Intan

Selama 3 hari, kembara dari Klang ke Tapah, dari Tapah naik ke RingLet Cameron Highlands, berhenti sekejap di ladang sayur, terus ke Tanah Rata Cameron, bermula hari kedua dengan Strawberry Park, terus ke Cameron Valley (Ladang Teh), turun melalui perkampungan orang asli, balik singgah mencuci muka di Lata Iskandar. Diteruskan lagi ke Gua Tempurung, singgah sekejap di Teluk Intan melihat Menara Condong dan kembali ke balik ke Selangor. Malam hari menyusur Sungai Selangor melihat Kelip-Kelip di Kampung Kuantan, Hulu Selangor. Esoknya disambung ke Bukit Melawati sempena 100 Tahun. Berpatah, ke arah Pantai Timur, dan destinasi akhir Bukit Tinggi, Pahang. Wahhhh, sangat "PACK"


Perkampungan Orang Asli, Cameron

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat]



Rumah Api, Bukit Melawati

Comments

Anonymous said…
huh.. ensem la abg ni...
bleh kenal2 ke? haha...

Popular Posts