Kembara Cambodia : Antara Nikmat dan Syukur


Assalamualikum,

Dengan nama Allah yang Pemurah Lagi Maha Mengasihani,Harap semua kawan-kawan sihat serta sentiasa dalam keredhaan-Nya

Alhamdullilah, dengan kesempatan yang diberikan oleh-Nya, dapatla sy menulis semula. Dah lama sangat tak menulis apa-apa kisah dalam blog, bukan sibuk tapi masa takde kot (macam sama je bunyinyer). Hahahaha. Cuma nak kongsi sedikit pengalaman pada semua pembaca mengenai  kembara ke bumi kemboja tempoh hari. Antara nikmat dan Syukur.




Aktiviti Qurban di Kampung Sekong, Cham Province

Pergi untuk bertugas sambil bercuti, mengambil gambil foto untuk satu syarikat swasta bagi program Qurban di sana, perjalanan kali ini  merupakan peluang yang sangat menarik dan menginsafkan. Susah nak dapat. Rezki dari Allah. So, just grab it, jadi,berkelana la saya selama 5 hari di bumi asing.




Lapangan Tbang Antarabangsa Saim Rep

Turun dengan MAS di Siam Rep, terus ke perkampungan Islam untuk menyaksikan Qurban. Cuaca sama seperti Malaysia tak banyak beza. Hari kedua bergerak ke Kampung Cham, Hari ketiga bertolak ke Phonem Phan, 2 hari di sini, dan hari kelima bergerak balik dengan Air Asia. Jadualnya padat. Nak tulis semua tak leh, lepas ni, aku akan cuba cerita lebih detail setiap perjalanan dan pengalaman di sana, banyak benda menarik untuk di kongsi.




Angkor Wat

Ucapan takziah untuk mereka yang terkorban semasa pesta air di Phomom Phan,Kemboja, malam sebelum kejadian, saya ada la jalan-jalan kawasan tu, memang ramai, memang sesak, org tidur si tepi-tepi jalan. Malam kejadian tu, saya dah pun pulang ke Malaysia.


Sungai Mekong, Cham Province

Sebelum tu, nak kongsi, Syukur alhamdullilah, betapa bertuahnya kita duduk kat Malaysia. Tak dapat digambarkan, betapa daifnya mereka. Meminta minta hanya utk sesuap nasi. Pada kawan-kawan yang ada rezki lebih,kalau nak buat amal macam sumbangan wang, boleh bagitau.

Muslim Kemboja

Duit tu boleh di infakkan kepada-
-Buku-buku rujukan/Agama/Al Quran
-Gaji Guru/Ustaz ( Guru-guru agama ni takde gaji tetap, ada sumbangan, baru ada gaji)
-Perigi untuk org kampung
-Pembangunan Madrasah
-Pendidikan
-etc


So, sampai sini saja, pasni, kalau ada kesempatan, saya akan kongsi setiap perjalan. Salam.
Sedikit sebanyak mengenai Kemboja

Kerajaan Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankanThailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke-14. Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh Semenanjung Indochina.Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Agama lain termasuklah Islam (penduduk Cham) serta animisme di kalangan kaum peribumi. Antara badan air yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik TonlĂ© Sap yang merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya.Pada 2005, simpanan minyak petroleum dan gas asli telah ditemui di bawah laut Kemboja. Perlombongan minyak yang bakal bermula pada 2009 dijangka akan menghidupkan semula ekonomi Kemboja yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan.

Comments

Popular Posts