Cuti-Cuti Malaysia:Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Selangor, Malaysia


                                                    More picture at http://fkphotography-kk.blogspot.com/ 

Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di negeri ini. Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah.
Sebagai ketua agama Islam Negeri Selangor, baginda telah mengikuti tradisi yang diamalkan oleh pemimpin besar, Nabi Muhammad s.a.w. dengan membina sebuah masjid yang tidak ada tolok bandingnya di merata dunia.
Masjid ini adalah masjid terbesar kedua di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di JakartaIndonesia.


                                                    More picture at http://fkphotography-kk.blogspot.com/ 

Ilham Diraja

Ilham untuk mengfadakan sebuah masjid seindah apa yang dilihat hari ini bermula apabila Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan selepas Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1974 mengikut Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur sebagaiWilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.
Penyerahan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri sebuah negara membangun yang giat mengisi kemerdekaan ialah satu-satunya pengiktirafan kepada Kerajaan Selangor yang diketuai oleh Baginda.

                                                        More picture at http://fkphotography-kk.blogspot.com/ 

[sunting]Lokasi

Masjid Negeri yang baru terletak di bahagian utara tebing Tasik Shah Alam. Ia terletak di satu kawasan yang lebih tinggi daripada kawasan bandar, kawasan yang paling sesuai bagi sebuah bangunan penting dan penuh makna seperti masjid negeri. Sultan Salahuddin menitahkan masjid baru dibina untuk memuatkan kira-kira 20,000 jemaah, sejajar dengan ramalan perkembangan penduduk di Shah Alam iaitu kira-kira 250,000 orang menjelang tahun 2000.
Sultan Salahuddin juga bertitah bahawa rekabentuk dan seni binanya adalah tradisional. Bangunan masjid akan menjadi tanda mercu di pusat bandar itu.



Titik Pembinaan

Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 12 tahun. Pada asalnya projek ini dibina atas arahan Sultan Salahuddin melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) pada awal tahun 1975. Tahun 1977, Jurubina Bertiga Arkitek diketuai oleh Dato' Baharuddin Abu Kassim, sebuah firma tempatan diberi kepercayaan dan tugas membuat penyelidikan yang menyeluruh mengenai jenis-jenis dan rekabentuk masjid sebelum keputusan mengenai rekabentuk sekarang dibuat. Beliau telah mengunjungi beberapa negara Islam untuk melihat dengan lebih dekat rekabentuk masjid yang ada di negara-negara berkenaan.
Jurubina Bertiga Internasional Sdn Bhd berjaya menghasilkan satu reka bentuk yang unik, tidak menyentuh mana-mana pihak dan boleh diterima oleh masyarakat Melayu. Struktur masjid ini kombinasi seni rekabina tradisional Islam dan Asia BaratIndiaBarat dan ciri-ciri binaan Melayu asli.

                                                    More picture at http://fkphotography-kk.blogspot.com/ 


Pembinaan masjid RM160 juta di atas tapak seluas 35 ekar ini bermula pada 1 Oktober 1983. Pelbagai firma dan pakar juga terlibat dalam pembinaannya. Mereka termasuklah:
  • Tahir Wong & Partners
  • Brian Moorhead & Partners, Manchester
  • Pakatan Internasional Malaysia
  • Bina Goodyear Bhd, Malaysia
  • Satrick Corporation (Korea)
  • Baco Contract Ltd
  • Maju Tenko Sdn Bhd
  • O'Connor's (Malaysia) Sdn Bhd
  • Cahaya Letrik Kompeni


                                                    More picture at http://fkphotography-kk.blogspot.com/ 


Sumbangan Sultan Salahuddin

Sultan Salahuddin telah menyumbang idea dan pandangan. Selain itu menyumbang 4 lampu candeliar berharga lebih RM2 juta untuk masjid ini. Lampu ini ditempatkan di pintu masuk utama. Lampu ini direka sendiri oleh Sultan Salahuddin.
Sultan Salahuddin juga menghadiahkan jam antik berumur 600 tahun bernilai RM200,000 yang dibeli di Hong Kong. Sultan juga menyumbang elaun baginda selama 4 bulan kpada masjid negeri ini.

                                                    More picture at http://fkphotography-kk.blogspot.com/ 

Keistimewaan

Masjid ini mempunyai kubah yang terbesar di dunia. Empat menara tinggi dibina di keliling kubah. Pembinaan masjid menggunakan teknologi terbaru. Kubah luar berdiri 300 kaki dari paras bumi dan garis pusat 170 kaki menjadi kubah agama yang terbesar pernah dibina sehingga kini. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium berlipat dan mempunyai panel yang menarik berwarna biru, tidak akan karat dan tahan beratus tahun.

                                                    More picture at http://fkphotography-kk.blogspot.com/ 


Bahan aluminium berukuran 35 kaki tinggi disaluti dengan emas. Kubah dalam dan luar terletak di atas alang bulat setinggi 24 kaki dan 14 kaki lebar. Di bahagian luar mempunyai panel enamel yang dihiasi Khat al Quran berwarna biru dan berlatar belakang panel kelabu.
Tulisan khat adalah hasil kerja penulis khat MesirSheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi. Usaha membuat khat ini dilakukan oleh Emaillierwerk dari Hannover, Jerman Barat.


Comments

Popular Posts