Cuti-Cuti Malaysia:Putrajaya, Malaysia

                                                    More picture at http://fkphotography-kk.blogspot.com/ 

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan (lihat peta). Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

                                                           More picture at http://fkphotography-kk.blogspot.com/ 

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Putrajaya
Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan Putrajaya. Ditubuhkan pada 19 Oktober 1995, pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS - syarikat petroleum kebangsaan (64.4%); Khazanah Nasional Berhad - syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah Negara (20.0%).
Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 dan Pindaan kepada Perlembagaan untuk menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan dibahaskan di parlimen pada Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing. Berdasarkan rekod awam yang ada, Putrajaya Holdings juga telah mengeluarkan bon yang bernilai RM4.5 bilion bagi pembangunan Putrajaya yang kini merupakan mercu tanda bagi kejayaan Malaysia.
Dari segi akar bahasa, istilah Putrajaya berasal dari putera yang sangat berjaya. Ini bermaksud warga Malaysia yang berjaya. Lebih khususnya lagi, Bumiputra yang telah berjaya menerajui negara Malaysia. Bagi pelancong asing yang melawat Putrajaya, ia seakan-akan Washington, D.C. di Amerika SyarikatCanberra di Australia, dan Brasilia di Brazil.
Secara kebetulan atau tidak, Datuk Kelana Putra pernah menguasai jajahan Serdang. Jadi Putrajaya ini dalam lingkungan jajahan Serdang.
Tapi sebenarnya Putrajaya lebih merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

                                                       More picture at http://fkphotography-kk.blogspot.com/ 

[sunting]

Politik

Dari segi politik, Putrajaya adalah dirancang sebagai pusat pentadbiran Malaysia yang akan datang. Ini secara sekaligus akan menjadikan Putrajaya sebagai nadi penting kepada kerajaan Malaysia.
Putrajaya diwakili oleh seorang Ahli Parlimen iaitu YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga seorang Setiausaha Agung UMNO.

                                                     More picture at http://fkphotography-kk.blogspot.com/ 

Pengangkutan

Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah :
  • untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi dan udara
  • untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.
  • untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
  • untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.

[sunting]Sistem pengangkutan

Sistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya. Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :
  • Jaringan jalan raya antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti Kuala Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.
  • Direka sesuai dengan perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa hadapan (Cth : pembesaran jalan)
  • Sesuai dengan polisi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di dalam presint-presint dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

[sunting]Lebuh raya berhubungan

Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-SelatanLebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Lebuh raya dan jalan utama berdekatan termasuk:
Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk, membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya KLIA. ELITE yang sepanjang 54km bermula dari Persimpangan Shah Alam berhampiranLebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), menuju selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan ELITE di Persimpangan Nilai. ELITE sedang berada dalam fasa terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi mereka bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala berkembar sepanjang 8.8km yang membawa terus ke Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak dalam MSC.

                                                    More picture at http://fkphotography-kk.blogspot.com/ 

[sunting]Pelancongan


Tasik di Putrajaya.
Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan, Putrajaya juga terkenal dengan keindahan serta tarikan pengunjung. Antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar Putrajaya adalah :



Comments

Popular Posts