IPP untung berbillon, TNB juga dipersalahkan

IPP untung berbillon, TNB juga dipersalahkan. 

Jika minyak naik, rakyat akan menyerang kerajaan. Rakyat tidak menyalahkan petronas walaupun syarikat nasional ini mengaut keuntungan berpuluh billion. Tetapi apabila tarif elektrik naik, rakyat menyalahkan TNB dan bukan kerajaan.

Mengapa double standard.?

TNB disalahkan hanya kerana syarikat ini menjana keuntungan. Apakah rakyat mahu TNB rugi beratus juta seperti MAS.? Rakyat sepatutnya bangga dengan pengurusan TNB kerana menjana keuntungan dan bukan membazirkan duit rakyat seperti MAS.

Rakyat wajib menyalahkan kerajaan kerana melahirkan IPP untuk merompak duit rakyat. Sepatutnya, dasar penswastaan ke atas kepentingan awam harus dihapuskan dan bukan ditambah. TNB hanya menjadi kambing hitam dan mendukung biawak yang dilahirkan sendiri oleh kerajaan.

Berapa billion kerajaan dan TNB sudah membayar IPP.? Mengapa rakyat tidak menghentam IPP walhal syarikat ini mengaut keuntungan tanpa bersusah payah menajaga kepentingan rakyat.

Keuntungan industri tenaga daripada sektor penjanaan, bukan penghantaran atau pengagihan.

Umum hanya tahu TNB monopoli tenaga. Itu pandangan umum walau sebenarnya TNB hanya membekalkan 49% daripada tenaga keseluruhan. Dengan nilai bekalan tidak sampai separuh, TNB mampu mencapai keuntungan. Bayangkan berapa banyak keuntungan yang dikaut oleh IPP.?

TNB bukan syarikat Ali atau Ah Seng tapi syarikat rakyat. Mengapa rakyat marahkan TNB kerana syarikat ini berjaya diurus.?

Jika syarikat rakyat, mengapa tarif naik.?

Tarif naik kerana dasar kerajaan yang mengurangkan bahan bakar kepada industri tenaga. Jika IPP mengenakan kenaikan tarif, sudah pasti TNB juga mengenakan tarif. Dalam hal ini, rakyat harus menyalahkan kerajaan dan bukan TNB.

Bonus syarikat.

Berapa bonus LHDN.? Percaya atau tidak jabatan kerajaan ini memberikan bonus 6 bulan gaji dan jauh lebih tinggi dari TNB. Mengapa jabatan kerajaan boleh memberi bonus yang tinggi kepada kakitangannya sedangkan TNB itu SWASTA.

Mengapa tidak mempertikaikan Petronas memberikan bonus tinggi kepada anggota kerjanya tetapi pada masa yang sama subsidi minyak untuk rakyat dikurangkan. Mengapa tidak menyarankan agar minyak rakyat dikembalikan kepada rakyat.

Percaya atau tidak, TNB pernah ditawarkan bonus 0.5 bulan gaji. Pekerja TNB hanya mengecapi erti bonus hanya selepas kerusi CEO dipegang oleh orang dalam. Selama bertahun-tahun kerajaan telah meletakkan CEO yang menjerut leher pekerja dan pada masa yang sama melantik kuncu-kuncunya menjadi bos kepada jabatan.

Semenjak CEO Petronas bertukar tangan, polisi untuk menjaga kepentingan rakyat juga berubah. Dari peniaga kecil sehingga pemberian subsidi kepada TNB juga dihentikan. Hanya selepas perdana menteri didesak oleh kesatuan sekerja, barulah Petronas membayar ganti rugi.

Gaji.

Menteri Besar Selangor memberi komen, kenaikan gaji menteri besar dan jawatan lain masih rendah berbanding dengan sektor swasta. Percaya atau tidak gaji pekerja TNB adalah lebih rendah sedikit daripada penjawat awam. Malah ada gaji anak syarikat TNB boleh memohon bantuan zakat. Jika dibezakan gaji penjawat awam selepas pelarasan baru-baru ini, sepatutnya penjawat awam bersyukur kerana mendapat gaji jauh lebih tinggi daripada TNB. Malah selepas penjumudan jawatan, sebahagian daripada mereka mendapat kenaikan pangkat secara percuma.

Setiap bulan, ada sahaja berita kemalangan maut sewaktu melakukan kerja harian. Ini risiko yang perlu diambil oleh pekerja untuk mencari sesuap nasi. Inilah kehidupan warga TNB. Dikala warga kerajaan bersama keluarga, pekerja TNB masih ditempat kerja untuk memastikan tiada tempat dalam kegelapan.

Bil eletrik ini hanya untuk membangkitkan isu semasa. Ada ke premis atau kediaman yang dipotong bekalan hanya kerana satu sen.?

Dalam banyak pendapat yang dilontarkan, hanya Pengarah Komunikasi Fomca, Yusof Abdul Rahman memberikan pendapat membina. Hanya penjanaan dikembalikan kepada TNB, tarif elektrik boleh bertahan dalam sesuatu masa.

Elektrik naik: Kaji semula pembelian tenaga IPP

NOV 29, 2013 ANIS NAZRI 

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan kerajaan untuk menurunkan kadar pembelian tenaga dari IPP yang menjadi punca kerajaan menaikkan tarif elektrik bermula tahun hadapan.

Pengarah Komunikasi Fomca, Yusof Abdul Rahman berkata kadar pembelian tenaga dari IPP itu mungkin boleh diturunkan apabila IPP terbabit sudah mendapat keuntungan dan mampu membayar balik pinjaman mereka.

Bercakap kepada Harakahdaily, Yusof menegaskan kerajaan boleh mengkaji semula kadar pembelian tersebut yang dikenalpasti antara punca menyebabkan kos pengurusan tenaga meningkat dan seterusnya tarif elektrik perlu dinaikkan.

"Jika IPP sudahpun mendapat keuntungannya, malah sudah mampu membayar balik pinjaman mereka, kadar pembelian tenaga itu boleh dikurangkan. Ia akan membantu mengurangkan kos pengurusan yang tinggi dan mengelakkan kenaikan tarif berkenaan," tegas beliau.

Malah, katanya kerajaan juga boleh mengkaji semula dasar untuk menetapkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar menjana tenaga secara sendiri pada masa akan datang.

Tambah Yusof, memang diakui TNB terpaksa menanggung kos pengurusan yang sangat tinggi, tetapi adalah lebih baik jika TNB sendiri menjana tenaga, sekaligus membekalkan kepada pengguna.

"Dasar yang ada sekarang, penjanaan tenaga dibuat oleh IPP, TNB hanya membekalkan kepada pengguna. Pada masa akan datang, mungkin TNB boleh jana tenaga sendiri, sekaligus membekalkan tenaga. Biarpun kosnya masih tinggi, ia masih mampu menjimatkan kadar pembelian tenaga dari IPP," tegas beliau lagi.

Comments

Popular Posts