Monday, June 20, 2016

Sharing is caring. Pengalaman saya boleh menyelamatkan wang anda yang hilang di dalam akaun bank tanpa anda sedari!!!!!



Sharing is caring. Pengalaman saya boleh menyelamatkan wang anda yang hilang di dalam akaun bank tanpa anda sedari!!!!!

Saya adalah pengguna transaksi dalam talian. Walaubagaimana pun, saya hanya mengunakan akaun kredit untuk urusan dalam talian. Saya tidak pernah mengunakan akaun debit sebagai transaksi dalam talian, malah untuk urusan seperti bayaran petrol, bil elektik atau sebagainya , saya hanya mengunakan akaun kredit. Saya pantau secara terperinci setiap transaksi akaun kredit bagi memastikan tidak berlaku sebarang aktiviti yang tidak normal.

Oleh kerana itu, saya tidak pernah memantau urusan atas talian untuk akaun debit. Walaubagaimana pun, secara dengan tidak sengaja, semasa dalam Maybank2U pagi ini ( 21 Jun 2016), saya terbuka debit card history.

Amat terperanjat, rupanya terdapat lebih 20 transaksi telah berlaku. Pembayaran adalah dari akaun Itunes yang tidak diketahui. Bagaimana ini boleh berlaku. Ya saya ada akaun Itunes, walaubagaimana pun, akaun ini didaftarkan pada akaun kredit. Malah saya tidak lagi aktif sebagai pengguna Itunes sejak awal tahun 2014. (Saya tak guna #Apple product)

Untuk kes saya, sejak 18 April 2016, akaun saya telah mula digunakan sehinggalah semalam 20 Jun 2016. Selama 3 bulan, tanpa saya sedari, akaun telah digodam dan diguna sewenang-wenangnya!!! Saya telah dicuri !!!

Satu laporan telah dilakukan kepada pihak Maybank. Saya ucapkan terima kasih Maybank atas layanan yang baik dan sangat membantu. Maybank Customer Service mengesahkan memang terdapat transaksi atas talian mengunakan kad debit dan berjanji akan melakukan siasatan segera.

Kad debit ditutup dan akaun baru terpaksa dibuat semula. Jadinya, terpaksala saya kena pergi ke Maybank terdekat untuk buat kad debit baru. Jangan lupa RM 12.75 untuk kad baru berserta GST. Penting tu.

Anda boleh lihat mana-mana transaksi yang menggunakan debit kad melalui Maybank2U. Untuk masuk kebahagian ini, sila ikut langkah ini:
1. Log in Maybank 2U
2. Klik pada Accounts & Bank
3. Klik pada Accounts Details
4. Klik pada account debit anda
5. Klik pada Debit Card History

Dari apa yang berlaku, saya terfikir, adakah selamat transaksi atas talian? Adakah selamat portal atas talian? Atau adakah sistem Maybank yang belum cukup selamat? Adakah penguna pula perlu dipersalahkan sebab tidak memantau aktiviti transaksi dalam akaun? Jika salah penguna, bagaimana pula penguna yang tidak aktif mengunakan atau akses portal perbankan atas talian( Maybank2U)? Dan yang penting, berapa banyak RM yang telah dirompak tanpa kita sedari?

Untuk pekerja Maybank yang terbaca post ni dan ingin membantu, boleh siasat atas laporan yang didaftarkan : 01-AOECGCF.

Jika anda post ini berguna, sila share. Mungkin anda dapat membantu yang lain :)

#maybank #maybank2u #online #debit #kredit #maybank2umalaysia #onlinebank #maybankcustomerservice

No comments: