Catatan hari kedua (Thailand, Laos, Myanmar) - 24/2/18


Catatan hari kedua (Thailand, Laos, Myanmar) - 24/2/18
Wat Rong Suea Ten, Blue Temple
Wat Rong Suea Ten Temple atau Blue Temple ni terletak di utara Kok River di Chiang Rai. Tak jauh dari hotel. Destinasi pertama kami hari ini. Dibina pada 2005, warna Temple adalah biru dan emas untuk mengambarkan Dharma kepada Buddha.
Tidak berapa luas, rekabentuk bangunan sangat indah dengan fine art sekeliling bangunan. Dikelilingi kedai makan, pagi pagi ni pun dah ramai pengunjung. Mungkin hari Ahad. Singgah sebentar sahaja.
Nanglea Coffee Cafe
Walaupun unik tempatnya, kopi yang dihidangkan kopi hipster. Take menarik sangat. Saje nak buang masa.
Baandam Museum or Black House
Tak jauh dari Wat Rong Suea Ten, Blue Temple, dicelah-celah kawasan perkampungan, adanya muzium yang menempatkan pameran arkitekture dan fine art. Selain pameran, banyak kedai-kedai menjual cenderamata berbentuk fine art. Disebabkan sampai terlalu awal, ada kafe kopi ditepi muzium ini. Nice setting.
Bayaran masuk 80 bath. Banyak komtem art yang digabung dengan seni kerja kayu Thailand. Kedatangan kami disambut dengan tarian kebudayaan Thailand. Kanan-kanak kecik meliang liuk mengikut tarian gendang.
Selain pameran, terdapat "Yam Khang" urut mengunakan tapak kaki yang dipanaskan dengan bara api. Mengunakan minyak Plai, Thai Herbal, urut ini digunakan untuk kawasan sakit di bahagian badan. Menurut orang-orang, urut ni boleh bagi kuasa supernatural.
Golden Triangle, Thailand, Myanmar dan Laos
Bye bye Thailand, welcome Laos. Nyinditonhabkab Laos (Welcome to Laos). Berada dalam 70 km dari Chiang Rai. Dikenali kawasan Golden Triangle, Thailand, Myanmar dan Laos
Saya di sempadan tiga negara, Thailand, Myanmar dan Laos, dipisahkan dengan Sungai Mekong yang bertemu Sungai Ruak. Digelar juga Golden Triangle, pusat penanaman ganja secara besar-besaran. Berhati-hati di sini, kawasan perangkap pelancong terkenal di utara Thailand.
Untuk info, saya fobia sungai. Saya boleh berenang kat laut, kat sungai saya gagal. Selalu fikir, ada buaya ni. Keruh, deras, dalam, semua ada dalam fikiran. Walaupun saya dibesarkan di tepi Sungai Muar, tetap mana mana sungai macam ni, saya rasa takut. Seram beb.
Menaiki bot panjang melalui kawasan sungai yang bergelora, lalu jap Myanmar, kemudian menyusuri mendekati Laos. Sy berada dalam kawasan free trade zone untuk ketiga-tiga negara.
Bila sampai di Laos, lain betul caranya di Thailand. Masa di Trade Zone bahagian Laos, mcm samseng je. Janganlah tanya harga. Bahaya. Tak berbaloi. Harga mahal sangat. Tandas memang out giler. Ada yang nak kena pukul bila tak beli. Mahal sgtlah harganya. Macam nak merompak.
Salah sorang dari kami dah kena kepung sebb x jadi beli. Sorang tepi, sorang belakang, 2 org depan, masing2 dah pegang. Last-last kena beli.
Opium Hall
Muzium Opium merupakan muzium yang kompleks infomasi mengenai pembangunan Golden Triangle. Mungkin sesetengah dari kita, tempat ni tak berbaloi, saya juga.
Long Neck Karen Village and Union Hill Tribe
Penat nak menulis ni sebab hari adalah hari paling penat. Lokasi terakhir untuk jadual hari. Itupun ada tempat tertinggal sebab tak cukup masa, sampaikan makan tengahari pun tak sempat. Kawasan ni kurang tempat makan halal. Jadi berlapar la masing2 demi nak dapatkan foto.
Kawasan yang terletak kira-kira 2 KM dari jalan besar, penempatan orang Karen, Kayin, Kariang atau Yang pople. Neck Ring yang dipakai oleh Karen bermula dari 2 tahun oleh wanita.
Secara amnya perkampungan ini ialah pusat kraftangan dari orang Karen. Hampir semua menjual hasil tangan. Kesemua pekedai memakai neck ring, kanan-kanak turut berada menjaga kedai. Cantik-cantik.
Hari ini dalam sejarah, sarapan di Laos, minum petang di Myanmar, makan malam di Thailand. Hari ini dalam sejarah. 3 negara dalam 1 hari. Catatan hari kedua kembara saya. Assalamualaikum dan Selamat Malam dari Wiang Phang Kham.
Untuk lebih info, boleh ke Swarm dengan ID Fairus Khafiz untuk perjalanan, IG Fairus Khafiz untuk lebih gambar, Facebook Manager dengan ID Fairus Khafiz Photo untuk info perjalanan.

Comments

Popular Posts