My Catatan: Tokyo-Kyoto-Kobe-Osaka (Day 4 - 19/1/19)

Day 4 - Osaka - Kyoto (20/1/2019)


Maihama, Tokyo ke Shin-Osaka station, Osaka
Satu pengalaman yang agak kalut bila "Google Map" tak bagi lokasi yang tepat kedudukan kita. Kedudukan asyik berubah-rubah. Malam tu nak ke Maihama, punya berserabut. Nasib baik sampai. 10 minit bas dah nak jalan.
Perjalanan dari Tokyo ke Osaka dengan bas mengambil masa 7 jam. Tapi kalau ikutkan lebih pendek, sebab bas yang saya naik singgah balik ke Akhirabara dari Maihama, lepas tu pusing Shibuya, gerak ke Kyoto dulu, baru turun ke Osaka.
Satu pengalaman yang saya tak boleh lupakan bila naik bas kat sini. Telefon kena "silent". Atau dimatikan. Nak bercakap pun macam tak selesa sebab semua senyap sangat. Sampai ada yang batuk pun "cover-cover". Gila pula rasanya.


Arashiyama Park
Dalam kawasan ini letaknya Arashiyama Bamboo Grove, Arashiyama Park dan Nonomiya Shrine. Kawasan yang agak besar dan saya tak sempat nak pergi semua tempat.
Untuk ke sini, saya ambil "Osaka - Kyoto Pass". Dalam 1400 yen. Tapi masih kena bayar untuk sampai Arashiyama Park. "Local train" dengan JR. Dari Shin Osaka ke Yodoyabashi Station, lepas tu tukar Keihin Line, tukar lagi di Kyoto Station dan stesen terakhir Saga-Arashiyama Station. Memang pening, tapi kena cepat tangkap.


Kadang-kadang tu, pihak "train" buat pengumuman yang kita tak paham. Dalam bahasa Jepun. Tahu-tahu dan tiba tiba, laluan berubah tak pasal-pasal. Jaga-jaga. Lagi satu, sebelum naik pastikan "Limited" atau tidak. Kalau naik yang bukan "Limited", jawabnya berlama-lamalah dalam keretapi sebab semua stesen, keretapi akan berhenti.


Kyoto Islamic Culture Center, Masjid Kyoto
Dari Arashiyama, saya ke Kyoto Islamic Center. Nak pergi ke sini kena naik bas ya. No 93. Tambang bas tetap iaitu 230 Yen. Tempat ini di kawasan Kamigyō-ku, Miyagakichō. Ada kedai halal kawasan ni. Kebab. Harga macam biasa, boleh tahan mahal.
Masjid ni tak nampak dari jalan besar tapi ada papan tanda. Kecil sahaja tempatnya. Masjidnya di bahagian bawah bangunan.
Komo River


Komo River adalah tempat berjalan kaki yang popular untuk penduduk dan pelancong pada musim panas.Terdapat laluan yang berjalan di sepanjang sungai yang boleh berjalan di sepanjang sungai, dan boleh menyeberang sungai dengan batu dalam sungai. Waktu musim sejuk ni, itik sahajalah yang ada. Hahaha.

Imperial Palace, Kyoto
Bersebelahan dengan Islamic Culture Center, Masjid Kyoto, hanya lihat lihat dari luar sahaja. Tak boleh masuk rasanya.


Gion-Corner
Seronok rasa di sini. Ramai orang berpakaian Kimono. Banyak kedai yang menyediakan sewaan pakaian tradisional ini. Baik untuk lelaki dan perempuan. Cantik tengok. Sewaan nampak dari 3000 yen sehingga 6000 yen memgikut apa yang kita mahu.


Sepanjang Gion Corner, banyak kedai yang masih menggunakan bangunan tradisional Kyoto. Bangunan ini ada yang dijadikan kedai makan, kedai cenderamata dan juga barangan tradisional.



Ō-shoin, Kennin-ji
Dalam 1 KM dari pintu masuk ke Gion Corner, terletaknya Ō-shoin, Kennin-ji. Kawasan kuil yang sederhana besar. Sekali lagi tak larat nak pusing semua, cuma jalan-jalan sahaja



Fushimi Inari Taisha
Dua tempat yang saya berhajat nak sampai kalau ke Kyoto, pertama Arashiyama Bamboo Forest dan kedua, Fushimi Inari-Taishi. Alhamdulillah. Dua-dua sempat smp walaupun dalam hujan lebat ni. Sanggup!!! Yihaa!!!


Halal Mentei Naritaya Osaka Minami
Makanan kat sini agak mahal jugalah. Bukan saya bandingkan dengan dengan tukaran duit ringgit, tapi atas pemerhatian dengan kedai tempatan yang saya lalu. Makanan yang dijual, makanan ruji tempatan. Pekerja yang memasak orang Indonesia. Yang bagusnya, tempat ni ada surau dah terletak dekat pusat membeli belah bandar Osaka.


Shinsaibashi Shooping Street
Kalau ikutkan, tak berapa menarik, cuma kawasan beli belah yang panjang dan besar serta bertingkat-tingkat. Saya kurang minat benda-benda macam ni. Cumanya, jauh betul beza Osaka dengan Tokyo. Jam 8 malam banyak kedai dah tutup dan kawasan kurang orang kecuali tempat ni. Kecuali stesen-stesen besar, masih ramai lagi orang waktu ini.
Masa nak pergi makan pun, banyak kedai-kedai dalam stesen telah ditutup. Berbeza di Tokyo.
Trak keretapi pun agak lama dan sesetengah gerabak tiada paparan elektronik menyebabkan agak susah nak tahu kat mana kita berada. Selain tu, langsung tak nampak paparan jajaran trak dalam gerabak. Kadang-kadang boleh terlajak.


Hotel di Osaka VS Hotel di Tokyo
Macam langit dengan bumi. Tokyo dua kali lagi mahal dari Osaka, ruang cukup untuk berlunjur kaki, depan pintu tempat solat, punggung asyik terlagar dinding.
Hotel Osaka, dapat apartment, ada mesin basuh, tandas kat dalam. Ada dapur, siap balkoni. Jauh beza.
P:S- Gambar akhir tu, macam tulah hakikatnya. Penatnya kalau travel cara saya. Saya tak ambil pakej sebab saya nak cuba sendiri. Naik bas sendiri, naik train sendiri. Semua atas kita perancangan sendiri. Seronok memang seronok, tapi kena banyak bersabar.

Comments

Popular Posts