Dairi : Keluarga Tercinta


Salam semua. Hari ni aku nak post balik lukisan yang aku pernah post sikit masa dulu. Korang rasa apa maksud lukisan kat atas tu? Apa yang cuba aku gambarkan. Cuba teka?

Takpa, biar aku bagi tau apa yang akum ak bagitahu dalam lukisan ni. Paling hujan belah kanan tu ialah saya gambarkan emak saya, dua dari dari kiri, bapa saya, paling kiri adik paling kecil, sebelah gambar emak saya ialah adik pempuan saya yang besar, yang tengah-tengah, along sayan dan akhir sekali, akula.

Lukisan ni sebenarnya aku nak gambarkan kasih sayang dalam satu keluarga. Merah kat tengah tu maksudnya hati, warna " Love", warna cinta , warna darah. Aku masukkan elemen coklat pada keliling merah tu nak tunjukkan kehidupan, dari tanah kta datang, dan ke tanah jua akhirnya ( untuk orang Islam ), dan lain-lain warna tu pun sama.

Sebenarnya kali ni aku nak tulis pasal institusi keluarga. Apa itu institusi keluarga? Orang sekarang cuma tahu keluarga tu kahwin, anak, dan sebagainya. Ketakfahaman dalam konsep institusi keluarga boleh menyebabkan kehancuran pada masyarakat ke kita jadi macam US, 50 % kadar perceraian.

Fungsi Institusi Keluarga menurut Al Qur'an dan Al Sunnah

Keluarga adalah merupakan struktur asas bagi keseluruhan sistem sosial dan kebudayaan di dalam Islam. Ia adalah merupakan satu institusi yang menjamin kestabilan sosial dan kebudayaan masyarakat keseluruhannya. Dalil dalil daripada al Qur'an dan al Sunnah menegaskan bahawa tujuan dan fungsi institusi keluarga adalah seperti berikut:

Pengekalan dan Penerusan Umat Manusia

Pengekalan kehidupan manusia dan kebudayaan, penerusan peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini bergantung kepada berkesannya jentera yang menjamin pembiakan umat manusia. Segala sesuatu yang berkaitan dengan proses pembiakan memerlukan kepada wujudnya satu struktur yang stabil yang dapat menjamin proses tersebut berjalan dengan baik. Oleh itu perempuan, laki laki dan anak anak memerlukan satu institusi yang tetap dan berkekalan untuk memenuhi tujuan ini. Menurut al Qur'an, institusi keluarga adalah sistem yang dapat mengendalikan hal ini.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah ` menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. " (An Nisa': 1)

"Isteri isteri kamu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanam mu sebagaimana saja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

Perlindungan Akhlaq dan Tatasusila

Kecenderungan untuk melakukan hubungan jenia adalah merupakan sesuatu yang tabi'i dalam diri manusia. Kecenderungan yang tidak dikawal akan membawa kepada kerosakan akhlaq dan tatasusila. Pengabaian sepenuhnya terhadap kecenderungan ini pula merupakan penentangan terhadap tabi'at semula jadi manusia. Islam menetapkan pengendalian yang baik demi menjamin kesucian masyarakat.
Islam melarang hubungan jenia di luar nikah. Tetapi Islam menggalakkan perkahwinan agar laki laki dan perempuan dapat memenuhi kecenderungan kecenderungan tabi'i mereka dengan sebaik baiknya. Islam menetapkan perkahwinan agar laki laki dan perempuan dapat meni'mati hidup berkeluarga di samping sama sama bertanggungjawab dalam mengukuhkan keluarga tersebut.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Kerana itu kahwinilah mereka dengan setzin tuannya, dan berilah maskahwin menurut yang patut, sedang mereka pun wanita wanita yang memelihara diri, bukan pezina dan bukan (pula) wanita yang mengambil laki laki lain sebagai piaraan." (A1 Nisa': 25)
"(Dan dihalalkan mengahwini) wanita wanita yang menjaga kehormatannya di antara wanita wanita yang beriman dan wanita wanita yang menjaga kehormatan di antara ahli Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskahwin mereka dengan maksud untuk mengahwini mereka, tidak dengan maksud untuk berzina dan tidak pula menjadikan wanita wanita simpanan" (Al Ma'idah: 5)

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab ia dapat menundukkan padangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Bukhari)

Kestabilan Hubungan Kerohanian, Kebaikan dan Kasih Sayang

Hubungan antara ahli ahli dalam keluarga, khususnya dalam hubungan suami isteri bukanlah hanya hubungan fizikal semata mata. Keluarga di dalam Islam rnerupakan pusat yang mengembangkan kasih sayang, kebaikan, perlindungan, kehormatan, percaya mempercayai, pengorbanan dan ketenteraman dan semua ini berlandaskan kepada kekuatan kekuatan rohaniyah. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan di antara tanda tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dyadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir." (Al Rum: 21)

".. mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka." (Al Baqarah: 187)

Proses Pembentukan dan Pembinaan Nilai

Fungsi pembiakan manusia tidak dapat sempurna tanpa adanya pendidikan, pembentukan keperibadian, pembinaan nilai dan pengarahan ke arah ciri ciri keagamaan dan kebudayaan. Tidak ada institusi atau kumpulan institusi institusi lain yang dapat mengambil alih peranan ini daripada institusi keluarga secara menyeluruh. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga adalah merangkumi dan berterusan. la diasaskan kepada rasa tanggungjawab di kalangan setiap ahli keluarga.

Ia diasaskan kepada rasa tanggungjawab sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:
"Hai orang orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada apt neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.." (Al Tahrim: 6)

la merupakan hubungan kerohanian dan kasih sayang yang berpanjangan sepertimana firman Allah yang mafhumnya:

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikan kami imam bagi orang orang yang bertaqwa." (Al Furqan: 74)

"Ya Tuhan kami, jadikanlah aku dan anak cucuku orang orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'a ku. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang orang mu'min pada hari hisab." (Ibrahim: 40-41)

Jaminan Sosial dan Ekonomi

Institusi keluarga merupakan satu institusi yang menjamin keselamatan sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat. Ini adalah kerana jaminan yang diberikan bermula daripada unit unit kecil di dalam masyarakat, iaitu keluarga. Apabila jaminan di segi sosial dan ekonomi dalam sesebuah keluarga itu baik, maka pada keseluruhannya, jaminan masyarakat dalam bidang bidang ini juga akan berada dalam keadaan yang baik juga.

Dalam institusi keluarga Islam tugas menyara isteri dan anak anak adalah tanggungjawab dan kewajipan suami. Islam menganggapnya sebagai sedaqah yang akan diberi ganjaran oleh Allah. Di samping itu Islam telah memerintahkan membantu kaum kerabat hendaklah didahulukan daripada memberi zakat dan sumbangan sumbangan kebajikan yang lain.

Undang undang harta pusaka juga menunjukkan tuntutan tuntutan ekonomi yang telah ditetapkan oleh Islam ke atas sebahagian daripada kaum kerabat.
Islam menentukan hak hak anak anak yatim. Mereka hendaklah diserap ke dalam sesebuah keluarga dan dilayani seperti anak sendiri. Orangorang yang telah lanjut usianya hendaklah dihormati dan dijaga dengan penuh tanggungjawab. Oleh itu salah satu daripada fungsi institusi' keluarga. di sini adalah untuk memperluaskan ikatan kekeluargaan dengan merasa bertanggung jawab dalam membantu mana sahaja ahli ahli keluarga yang dalam kesempitan. Dengan sikap ini maka akan terjalinlah seluruh anggota keluarga dalam satu ikatan sosio ekonomi dan kerjasama yang berteraskan kepada keimanan dan taqwa.

Jaminan sosial dan ekonomi yang diberikan oleh Islam melalui institusi keluarga mengekalkan suasana belas kasihan dan kasih sayang. Dalam sistem yang sebegini tidak perlulah anak anak yatim atau orang orang tua dihantar ke rumah rumah kebajikan masyarakat.

Jaminan sosial yang diberikan oleh Islam menjadi bertambah jelas dalam keizinan untuk laki laki berpoligami. Ini adalah kerana memaksa seseorang laki laki untuk hanya mempunyai seorang isteri akan membawa kepada kejanggalan moral dan sosial yang akan berkesudahan dengan natijah natijah yang merbahaya. Kemahuan syahwat laki laki itu tidak sama. Keupayaan laki laki untuk menguasai diri daripada gelojak syahwat juga tidak sama. Atas beberapa sebab, seorang laki laki itu mungkin terdedah kepada satu keadaan yang meletakkannya di antara dua pilihan; sama ada mengambil isteri kedua atau hanyut dalam arus dosa dan noda. Pilihan yang paling bijaksana pastilah pilihan yang pertama. Dalam keadaan sebegini poligami menunjukkan betapa bijaksananya Islam dalam menutup masyarakat daripada punca kerosakan sosial.

Berkemungkinan juga wujud keadaan sosial dan ekonomi yang lebih mendesak di dalam masyarakat; contohnya keadaan selepas sesuatu peperangan, iaitu apabila bilangan wanita melebihi bilangan laki laki. Dalam keadaan seperti ini, sama ada wanita akan berkekalan hidup sebagai balu, atau pun hidup terdedah kepada dosa dan noda, atau diserap ke dalam sistem kekeluargaan melalui poligami. Pada asasnya Islam mengutamakan wanita diserapkan ke dalam sesebuah keluarga. Dengan penyelesaian secara ini sekali gus Islam menyelesaikan masalah pembelaan terhadap anak anak yatim dengan rasa tanggungjawab dan penuh kasih.

Meluaskan Kaum Kerabat serta Mewujudkan Kekuatan Sosial dalam Masyarakat
Institusi keluarga Islam juga berfungsi untuk memperluaskan bidang kekerabatan di kalangan umat. Hubungan kekerabatan ini merangkumi berbagai bagai kumpulan di dalam masyarakat, antara keluarga keluarga, bangsa bangsa dan negara negara. Sabda Rasulullah yang membawa maksud:
"Ikatan perkahwinan itu (antara dua keluarga dan bangsa) menambahkan persaudaraan lebih daripada segala sesuatu." (Mishkat al Masabih)
Perluasan ini adalah penting untuk dapat merasakan ikatan yang kuat di antara seluruh manusia di atas landasan keimanan dan taqwa kepada Allah









Comments

aShaBuLz said…
huhuhu...family first..then only your friends...hahaha. btol tak?
FK said…
betul betul, setuju

Popular Posts